Sunday 30 December 2012

Kisah Nabi Musa dengan Wanita Pengzina

Assalamualaikum...



Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”


Read more...

Bacaan Terbaik di Hari Jumaat

Assalamualaikum

Telah menjadi rutin masyarakat Melayu Islam mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat tetapi masih ramai yang tidak mengetahui bahawa surah Al-Kahfi mempunyai banyak maanfaat/fadhilat yang sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat).

“Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, niscaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jum’at.” (HR Hakim 3349)

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)

Rasulullah saw bersabda:“Maukah aku tunjukkan padamu suatu surat yang diikuti oleh seribu malaikat ketika diturunkan, dan keagungannya memenuhi antara langit dan bumi?” Sahabat menjawab: Mau. Rasulullah saw bersabda: “Surat Ashhabul Kahfi. Barangsiapa yang membacanya pada hari Jum’at, Allah akan mengampuni dosanya sampai Jum’at berikutnya dan ditambah tiga hari, diberi cahaya yang mencapai ke langit, dan akan terjaga dari fitnah Dajjal.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)

Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)

Daripada al-Barra ra katanya: Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi, tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan, lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran”. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Dalam surah al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as serta kisah Dzulkarnain dan Ya’juj dan Ma’juj. Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Menurut Ibnu Kathir dalam tafsirnya:

Hadith yang diriwayatkan dalam musnad Ahmad, Sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa al-Bara bin `Azib menceritakan seorang sahabat yang bernama Usaid bin al-Khudair telah membaca surah ini di rumahnya, sehingga akhirnya kuda di rumahnya meronta-ronta. Lalu sahabat ini telahpun meninjau keluar rumahnya lalu didapatinya di luar rumah ada sekumpulan awan berdekatatn kudanya, lalu ditanya kepada Nabi s.a.w maka baginda telah menjelaskan itulah dia as-sakinah yang diturunkan Allah kepada orang yang mengamalkan membaca surah ini.

Nabi s.a.w amat menggalakkan umat baginda agar menghafaz surah ini. Sebagai contohnya sesiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal daripada Surah al-Kahfi akan selamat dari gangguan Dajjal seperti yang diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, al-Nasa`ei dan al-Trimizi. Dalam riwayat al-Tirmizi:”Sesiapa yang menghafaz tiga ayat yang awal dari surrah al-Kahfi”.

Hadis lain, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dianggapnya sahih isnad, maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya Allah akan mengurniakan baginya nur antara Jumaat tersebut hingga ke Jumaat yang seterusnya.” Hadis ini dinilai sebagai hasan, kata al-Albani.

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai hari akhirat, sepertimana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa as yang banyak belajar daripada Nabi Khidir as dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain, yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar.

Kandungan Utama Surah Al-Kahfi
1. Hikayat Sohibul Kahfi (pemuda2 beriman)
2. Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir AS
3. Kisah Zulkarnain dan Ya’juj & Ma’juj

Moga kita dilindungi daripada Fitnah Dajjal & mendapat Nur di akhirat kelak.


Read more...

Perhiasan Rumah Yang Dilarang dalam Islam

Assalamualaikum...
Entry hari ini aku sekadar copy paste dari blog http://mirlme.com kerana ilmu yang aku dapat sangat berguna dan ingin aku kongsikan kepada semua pembaca.

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita

Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa”. (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman :
”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…(Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.(Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya. Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Cacatkan Angota Patung
Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad :

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akn datang cara mendidik anak-anak mereka.

Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam
Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yg tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar Artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Seksaan Pada Hari Kiamat
Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akn menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yg berlebihan antara golongan kaya dan miskin. Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dgn permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. (Riwayat Bukhari )

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.



Read more...

Thursday 27 December 2012

10 Makanan Dapat Menurunkan Kolestrol

Assalamualaikum...
Okay, hari ni aku nak post something yang lain daripada entry yang aku selalu update. hari ni aku nak berkongsi info tentang 10 makanan yang dapat menurunkan kolestrol. Check it out!

1. SOYA - Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI - Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING - Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL - Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.

5. IKAN TUNA - Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH - Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.

8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

creadit: http://sehinggit.blogspot.com


Read more...

Monday 17 December 2012

Seni Mempertahankan Diri

Assalamualaikum..

Hari ini aku nak share tips yang lain dari yang lain tapi berguna untuk kita especially kaum wanita yang sering menjadi mangsa jenayah. ini antara tips untuk mengelak dari penjahat...




Bye & Assalamualaikum...
Read more...

Thursday 13 December 2012

Doa Untuk Anak Yang Nakal..

Assalamualaikum..

Tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak2 yang nakal..


Ketika anak-anak sedang tidur, tiupkan di ubun-ubunnya. Berniat dahulu kemudian baca doa berikut:
-Baca surah Al-Fatihah (1 kali)
-Baca ayatul Qursi (1 kali)
-Baca selawat Syifa' (7 kali)
-Baca surah al-Imram, ayat ke-200 (7 kali)

sumber: FB


Read more...

Petua Untuk Muslimah

Assalamualaikum...
Ini ada petua untuk kaum muslimin yang saya jumpa di FB. renung2 kan dan selamat beramal...


Wahai Muslimah...
Jadikan pohon semalu sebagai contohmu,
~Yang durinya menjadi perisai diri, pertahankanlah maruahmu sebagai wanita Muslim
~Yang daunnya menguncup saat disentuh, jadikanlah sifat malu itu sebagai perhiasan diri
-Yang akarnya kuat mencengkam bumi, kukuhkanlah ikatanmu bersama Rabbul Alamin

Tidak berbau wangi dan tidak menarik hati. Maka, tiada kumbang yang akan memerhati, kerana indahmu sunggu tersembunyi...

Assalamualaikum...
Read more...

9 Laluan Taubat

Assalamualaikum...

9 Laluan Taubat





Read more...

Wednesday 12 December 2012

Rainbow Without Rain

Assalamualaikum...
Aku terjumpa kata2 motivasi ini dekat FB. sebenarnya kata2 motivasi ini aku dah banyak kali jumpa. tapi gambar ini terlalu cantik, so aku upload lah dekat sini. renung2kan & selamat beramal...





Read more...

Info Dari NASA

Assalamualaikum..

Hari ni masa buka FB dapat maklumat ni dari junior aku. sejujurnya, aku tak tahu sama ada perkara ni betul ke tidak. tapi tad ada salahnya kalau aku berkongsi info ini di blog ini kan... :D maklumat itu adalah seperti berikut:

NASA predicts total blackout on Earth from 22 to 25 Dec 2012 during alignment of Universe.
If possible, avoid traveling during d 3rd week of December 2012 as all modes of communication may fail.
US scientists predict total darkness on planet earth for 3 days from Dec 22. It is NOT the end of the world, it is just an alignment of the Universe, where Sun & earth will align for d 1st time
All planets r expected to align in a straight line as a result of which there could be natural calamities on Earth. The earth will shift from the current 3rd dimension to zero dimension, then shift to the 4th dimension.
Kindly forward to ur nears n dears. ( As received

Bye & Assalamualaikum...


Read more...